Kedudukan politik Lee Un-ju

Lee dahulu mengakui diri sebagai berhaluan tengah,[12] dan pernah mengkritik kerajaan Jepun yang berhaluan kanan.[13] Malah, beliau kini dikategorikan sebagai jauh kanan,[14] kerana menyokong ekonomi pasaran,[14] membanteras imigresen, ingini dasar keselamatan negara yang lebih kuat, dan berpendirian neokonservatisme.[15][16] Namun, beliau mendirikan diri sebagai tengah kanan liberal.[15][16]

Ekonomi

Lee seorang kapitalis[12] menyokong ekonomi pasaran dan membantah peningkatan gaji minimum[12] dan dasar pro-buruh. Beliau menyelar dasar ekonomi Presiden Moon sebagai sosialisme,[17] dan menyebut bahawa "Amerika Syarikat bersejahtera kerana kapitalisme".[12] Beliau tidak menentang demokrasi ekonomi tetapi mengatakan bahawa "makna asalnya disalah fahami kerana kuasa sosialis".[18]

Lee terpaksa menerima kritikan daripada buruh-buruh setelah menggelarkan aunty kantin sekolah sebagai "mak cik memasak".[6]

Imigresen

Lee memanggil orang pelarian ke Pulau Jeju sebagai "palsu nak cari kerja dan duit" dan membanterasnya.[18] Kata beliau, kuasa konservatif Korea Selatan harus memastikan pendirian terhadap dasar imigresen".[15][16] Beliau ingin mengurangkan pekerja asing dan menyebut bahawa kerajaan perlu mengutamakan warga tempatan.[15][16] Lee juga menyokong dasar lebih kuat terhadap PATI (pendatang asing tanpa izin).[15]

Rujukan

WikiPedia: Lee Un-ju http://monthly.chosun.com/client/news/viw.asp?ctcd... http://m.gyotongn.com/news/articleView.html?idxno=... http://www.joongboo.com/news/articleView.html?mod=... http://blog.naver.com/k041036 http://www.newdaily.co.kr/site/data/html/2018/11/2... http://www.sisaon.co.kr/news/articleView.html?idxn... http://www.sisaon.co.kr/news/articleView.html?idxn... http://www.sporbiz.co.kr/news/articleView.html?idx... http://www.vop.co.kr/A00001340346.html http://www.tbs.seoul.kr/news/bunya.do?method=daum_...